Wednesday 17 February 2010

Cara membuat belian melalui e-net

Assalamu'alaikum wrh & Salam Stormreaders.

Ada beberapa ahli-ahli baru rangkaian kumpulan kami kerap bertanyakan langkah-langkah untuk membuat belian melalui e-net.

Pembelian melalui e-net adalah antara 2 tujuan:
i) Permintaan (request) bizkit bagi ahli baru.
ii) Pembelian peribadi untuk mengumpul nilai mata (cp) bagi tujuan peningkatan (upgrade) ke taraf Pengedar (100cp) dan taraf seterus nya atau bagi tujuan mengumpulkan nilai mata sebulan (20cp) agar ahli kekal aktif dalam rangkaian.

Justeru bagi membantu sahabat-sahabat kami tersebut, kali ini kami paparkan langkah-langkah untuk membuat belian melalui e-net.

1) Pertama-tamanya, ahli stormreaders (SR) perlu login ahli di http://www.stormreaders.com/


2) Masukkan id pengguna dan kata laluan anda.


3) Klik pada link e-net dan klik 'New Repurchase Sales'


4) Pada ruang DPF No. biarkan kosong. Ruang ini adalah untuk rujukan syarikat.
Anda hanya perlu pilih sama ada 'self collect' atau 'mail delivery'.
Klik 'Submit'.


5) Jika anda memilih 'Self Collect', skrin akan terus ke paparan pembelian produk selepas anda klik 'Submit'.

Jika anda memilih 'Mail Delivery' akan keluar paparan alamat pembeli.
Isikan segala butiran alamat dan orang yang akan dihubungi untuk penghantaran buku yang akan dibeli.
Klik 'Submit'


6) Seterusnya isikan kod produk & kuantiti produk.
Contohnya kod produk: bizkit. Kuantiti: 1
Klik 'add'.

Jika ada produk yang lain yang ingin dibeli, ulang kembali langkah ke enam(6) di atas.
Kod produk boleh didapati apabila anda klik pada ikon kanta pembesar.


Pada ruangan 'Remarks', anda boleh membiarkan kosong atau menaip apa-apa pesanan kepada syarikat, misalnya menaip 'new repurchase sales'.
Ruang 'Remarks' adalah untuk rujukan syarikat.

Jika anda ingin mengedit atau membatalkan pesanan, klik pada 'Edit' atau 'Delete' yang terletak pada hujung sebelah kanan borang pesanan.
Seterusnya klik 'Submit'.

7) Seterusnya akan keluar paparan pengesahan e-Wallet anda. Anda perlu memasukkan kata laluan keselamatan e-Wallet anda.


8) Skrin akan memaparkan segala butiran pembelian e-net anda termasuk dengan kos penghantaran. Jika semua butiran adalah tepat, anda hanya perlu sahkan pembelian tersebut. Segala pesanan akan diposkan ke alamat yang anda masukkan terlebih dahulu pada langkah kelima (5) .

Penghantaran mungkin mengambil masa satu atau 2 minggu berdasarkan jarak alamat pengeposan.

Semoga tulisan ini sedikit sebanyak dapat membantu ahli-ahli (SR) membuat pembelian melalui e-net.
Sekian selamat membeli :-)

No comments:

Post a Comment