Monday 1 February 2010

Manfaat Pemegang Kad Keahlian Stormreaders

Assalamu'alaikum wrh & Salam Stormreaders.

Dalam perjuangan meningkatkan ekonomi diri dan Islam bersama Stormreaders Network, kami telah menemui pelbagai ragam insan-insan yang berminat dalam perniagaan ini. Ada di antara mereka yang berminat untuk menjual buku sahaja, ada yang berminat untuk membina rangkaian sahaja, ada yang berminat dalam kedua-duanya sekali. Semuanya bergantung kepada kecenderungan, minat serta kemahiran masing-masing.

Apa yang menarik ialah ada juga golongan yang terlebih memikirkan soal manfaat-manfaat Takaful bagi pemegang-pemegang kad stormreaders. Jualan buku tidak menarik perhatian mereka, sistem rangkaian juga tidak menarik perhatian mereka, namun apabila diceritakan tentang manfaat Takaful bagi ahli Stormreaders, perkara ini pula menjadi perkara utama yang dibincangkan. Apakah manfaat-manfaat takaful yang akan diperolehi oleh ahli-ahli Stormreaders dengan hanya bayaran RM30 setahun?

Justeru bagi meraikan permintaan sahabat-sahabat tersebut, kami paparkan di sini sedikit maklumat berkenaan manfaat Takaful yang akan diperolehi oleh ahli-ahli Stormreaders. Maklumat ini boleh diperolehi dari lawan web rasmi Stormreaders Network iaitu http://www.stormreaders.com/

Pada ruangan Terma & Syarat Kad Keahlian

Manfaat – Manfaat Pemegang Kad Keahlian

“IKHLAS Personal Accident TAKAFUL” - Tanggungan kemalangan diri

Takaful Ikhlas bernilai RM20,000.00 dengan RM3,000.00 khairat kematian dan termasuk kos rawatan dalam tempoh 12 bulan.

Dokumen yang diperlukan untuk takaful untuk kemalangan yang tidak melibatkan kematian:
- Laporan polis
- Resit belian (asal) laporan polis
- Salinan kad pengenalan (I/C) peserta
- Surat berkaitan rawatan yang masuk wad sahaja

Tambahan dokumen jika melibatkan kematian:
- Surat pengebumian
- Salinan kad pengenalan (I/C) waris/penama yang didaftarkan

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan tuntutan insurans, ahli atau wakil ahli boleh menghubungi terus wakil Stormreaders (pengendali Kad keahlian Stormreaders Network) di talian 03 – 6185 8260.

P/s: menurut maklumat terbaru yang kami perolehi daripada Pengurus Besar Stormreaders Network, Saudara Syah Rizal Mohamed, pihak Takaful Ikhlas telah meningkatkan nilai tanggungan kemalangan diri Takaful Ikhlas yang bernilai RM20,000.00 kepada RM30,000.00.

Ini kerana perkembangan Stormreaders Network yang semakin baik. Syabas Stormreaders dan ahli-ahli.
Kami akan cuba dapatkan lagi maklumat lanjut berkenaan manfaat-manfaat takaful bagi ahli Stormreaders.

Salam Stormreaders.

link e-store: http://www.stormreaders.net/nailan
link blog: http://naelan.blogspot.com/
link blog kumpulan: http://www.jalinanstormreaders.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment