Sunday 17 October 2010

Pelet Arnab RM3 sekilo


Assalamu'alaikum wrh.
Kami menjual pelet arnab RM3 sekilo. Penghantaran sekitar pantai dalam KL.
Call Ahmad 0199009925

Wednesday 17 February 2010

Cara membuat belian melalui e-net

Assalamu'alaikum wrh & Salam Stormreaders.

Ada beberapa ahli-ahli baru rangkaian kumpulan kami kerap bertanyakan langkah-langkah untuk membuat belian melalui e-net.

Pembelian melalui e-net adalah antara 2 tujuan:
i) Permintaan (request) bizkit bagi ahli baru.
ii) Pembelian peribadi untuk mengumpul nilai mata (cp) bagi tujuan peningkatan (upgrade) ke taraf Pengedar (100cp) dan taraf seterus nya atau bagi tujuan mengumpulkan nilai mata sebulan (20cp) agar ahli kekal aktif dalam rangkaian.

Justeru bagi membantu sahabat-sahabat kami tersebut, kali ini kami paparkan langkah-langkah untuk membuat belian melalui e-net.

1) Pertama-tamanya, ahli stormreaders (SR) perlu login ahli di http://www.stormreaders.com/


2) Masukkan id pengguna dan kata laluan anda.


3) Klik pada link e-net dan klik 'New Repurchase Sales'


4) Pada ruang DPF No. biarkan kosong. Ruang ini adalah untuk rujukan syarikat.
Anda hanya perlu pilih sama ada 'self collect' atau 'mail delivery'.
Klik 'Submit'.


5) Jika anda memilih 'Self Collect', skrin akan terus ke paparan pembelian produk selepas anda klik 'Submit'.

Jika anda memilih 'Mail Delivery' akan keluar paparan alamat pembeli.
Isikan segala butiran alamat dan orang yang akan dihubungi untuk penghantaran buku yang akan dibeli.
Klik 'Submit'


6) Seterusnya isikan kod produk & kuantiti produk.
Contohnya kod produk: bizkit. Kuantiti: 1
Klik 'add'.

Jika ada produk yang lain yang ingin dibeli, ulang kembali langkah ke enam(6) di atas.
Kod produk boleh didapati apabila anda klik pada ikon kanta pembesar.


Pada ruangan 'Remarks', anda boleh membiarkan kosong atau menaip apa-apa pesanan kepada syarikat, misalnya menaip 'new repurchase sales'.
Ruang 'Remarks' adalah untuk rujukan syarikat.

Jika anda ingin mengedit atau membatalkan pesanan, klik pada 'Edit' atau 'Delete' yang terletak pada hujung sebelah kanan borang pesanan.
Seterusnya klik 'Submit'.

7) Seterusnya akan keluar paparan pengesahan e-Wallet anda. Anda perlu memasukkan kata laluan keselamatan e-Wallet anda.


8) Skrin akan memaparkan segala butiran pembelian e-net anda termasuk dengan kos penghantaran. Jika semua butiran adalah tepat, anda hanya perlu sahkan pembelian tersebut. Segala pesanan akan diposkan ke alamat yang anda masukkan terlebih dahulu pada langkah kelima (5) .

Penghantaran mungkin mengambil masa satu atau 2 minggu berdasarkan jarak alamat pengeposan.

Semoga tulisan ini sedikit sebanyak dapat membantu ahli-ahli (SR) membuat pembelian melalui e-net.
Sekian selamat membeli :-)

Anakku Hebat Anakku Soleh


Penulis : Zahazan Mohamed - Anakku Hebat Anakku Soleh


Kulit Lembut
Kod Katalog : TBBK 1050
Kos ISBN : 978-983-3494-78-1
HARGA : RM34.90

Kulit Keras
Kod Katalog : TBBK 1030
Kos ISBN : 978-983-3494-59-5
HARGA : RM39.90

Semua ibu bapa mengimpikan anak-anak yang hebat, selalu sukses dalam setiap aktiviti yang diceburi, pada masa yang sama cerdik dan soleh. Tetapi pakej ciri-ciri anak cemerlang ini tidak semudah itu untuk dimiliki. Anak sentiasa terdedah dengan pelbagai pengaruh, anasir dan cabaran. Ibu bapa jangan mudah terperangkap dengan kaedah dan teknik mendidik sembarangan. Buku ini menghurai kaedah dan panduan tersebut.


http://www.stormreaders.net/nailan

Thursday 4 February 2010

Stormreaders Sarawak

Assalamu'alaikum wrh & Salam Stormreaders.

Kami mengalu-alukan kedatangan pemegang kad Stormreaders yang pertama dari Malaysia Timur dalam kumpulan kami Jalinanstormreaders iaitu Saudara Hamzah A.Beeran dari bandar Sibu Sarawak.


Setelah beberapa kali kami berusaha menyakinkan sahabat-sahabat dari Malaysia Timur dengan kebaikan dan manfaat yang akan diperolehi dengan menyertai jaringan Stormreaders Network Sdn Bhd, kini kami telah mempunyai wakil dari Sibu Sarawak.

Sarawak merupakan negeri yang paling luas dalam Malaysia, maka sudah tentu amat memerlukan 'duta-duta' Stormreaders dalam setiap bahagian (daerah) negeri Sarawak bagi meluaskan jaringan perniagaan ini.

Selain bahagian Sibu, bahgian Sarikei juga telah mempunyai 'duta' Stormreaders, iaitu rakan kami Saudara Syukri Mansor.

Sepanjang mengenali mereka berdua dalam beberapa tahun yang lepas, mereka berdua merupakan da'ie yang optimis dan bersemangat dalam aktiviti dan gerak kerja keagamaan.

Harapan kami, semoga dengan perkembangan jaringan Stormreaders Network Sdn Bhd di Sarawak akan dapat memupuk minat membaca buku-buku agama di kalangan masyarakat Sarawak, seterusnya melahirkan generasi baru masyarakat Sarawak yang akan membawa perubahan yang lebih baik kepada masyarakat Sarawak.

Bagi sahabat-sahabat dari Sibu dan Sarikei yang berminat untuk bersama menyertai jaringan Stormreaders boleh lah menghubungi Saudara Hamzah A.Beeran di talian 0198291811.
Manakala Saudara Syukri Mansor pula dapat dihubungi di talian 0138166996.

JazakumuLlah khoiral jaza'. Ikhlaskan niat semoga sedikit usaha kita ini akan menjadi pelaburan yang diterima Allah Swt serta menguntungkan kita dunia & akhirat.

link e-store: http://www.stormreaders.net/nailan
link blog: http://naelan.blogspot.com/
link blog kumpulan: http://www.jalinanstormreaders.blogspot.com/

Monday 1 February 2010

Manfaat Pemegang Kad Keahlian Stormreaders

Assalamu'alaikum wrh & Salam Stormreaders.

Dalam perjuangan meningkatkan ekonomi diri dan Islam bersama Stormreaders Network, kami telah menemui pelbagai ragam insan-insan yang berminat dalam perniagaan ini. Ada di antara mereka yang berminat untuk menjual buku sahaja, ada yang berminat untuk membina rangkaian sahaja, ada yang berminat dalam kedua-duanya sekali. Semuanya bergantung kepada kecenderungan, minat serta kemahiran masing-masing.

Apa yang menarik ialah ada juga golongan yang terlebih memikirkan soal manfaat-manfaat Takaful bagi pemegang-pemegang kad stormreaders. Jualan buku tidak menarik perhatian mereka, sistem rangkaian juga tidak menarik perhatian mereka, namun apabila diceritakan tentang manfaat Takaful bagi ahli Stormreaders, perkara ini pula menjadi perkara utama yang dibincangkan. Apakah manfaat-manfaat takaful yang akan diperolehi oleh ahli-ahli Stormreaders dengan hanya bayaran RM30 setahun?

Justeru bagi meraikan permintaan sahabat-sahabat tersebut, kami paparkan di sini sedikit maklumat berkenaan manfaat Takaful yang akan diperolehi oleh ahli-ahli Stormreaders. Maklumat ini boleh diperolehi dari lawan web rasmi Stormreaders Network iaitu http://www.stormreaders.com/

Pada ruangan Terma & Syarat Kad Keahlian

Manfaat – Manfaat Pemegang Kad Keahlian

“IKHLAS Personal Accident TAKAFUL” - Tanggungan kemalangan diri

Takaful Ikhlas bernilai RM20,000.00 dengan RM3,000.00 khairat kematian dan termasuk kos rawatan dalam tempoh 12 bulan.

Dokumen yang diperlukan untuk takaful untuk kemalangan yang tidak melibatkan kematian:
- Laporan polis
- Resit belian (asal) laporan polis
- Salinan kad pengenalan (I/C) peserta
- Surat berkaitan rawatan yang masuk wad sahaja

Tambahan dokumen jika melibatkan kematian:
- Surat pengebumian
- Salinan kad pengenalan (I/C) waris/penama yang didaftarkan

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan tuntutan insurans, ahli atau wakil ahli boleh menghubungi terus wakil Stormreaders (pengendali Kad keahlian Stormreaders Network) di talian 03 – 6185 8260.

P/s: menurut maklumat terbaru yang kami perolehi daripada Pengurus Besar Stormreaders Network, Saudara Syah Rizal Mohamed, pihak Takaful Ikhlas telah meningkatkan nilai tanggungan kemalangan diri Takaful Ikhlas yang bernilai RM20,000.00 kepada RM30,000.00.

Ini kerana perkembangan Stormreaders Network yang semakin baik. Syabas Stormreaders dan ahli-ahli.
Kami akan cuba dapatkan lagi maklumat lanjut berkenaan manfaat-manfaat takaful bagi ahli Stormreaders.

Salam Stormreaders.

link e-store: http://www.stormreaders.net/nailan
link blog: http://naelan.blogspot.com/
link blog kumpulan: http://www.jalinanstormreaders.blogspot.com/

Saturday 16 January 2010

Jom 'Daftar Masuk' sebagai pelanggan e-Store Kami


kedai buku kami











Assalamu'alaikum wrh & Salam Stormreaders.

Selamat datang kami ucapkan kepada anda sekalian ke kedai buku e-Store kami, iaitu kedai buku atas talian yang menawarkan pelbagai jenis buku bersifat keagamaan dan motivasi diri untuk tatapan para pelawat sekalian.



Kami dengan berbesar hati menjemput sahabat-sahabat dan rakan-rakan serta kenalan-kenalan sekalian untuk bertandang dan jenguk-jenguk di e-Store kami ini.

Untuk membeli buku secara online di dalam e-Store ini, para pelanggan perlu mendaftarkan diri sebagai pelanggan. Tujuan pendaftaran adalah bagi mendapatkan sedikit maklumat diri pelanggan bagi tujuan pengeposan buku. Tiada bayaran dikenakan bagi pendaftaran tersebut.

Ikuti langkah berikut untuk pendaftaran pelanggan e-Store:

1) Klik pada link 'Daftar Masuk'



2) Seterusnya pada ruangan klik pada link 'Sertai Sekarang'



3) Isi butiran peribadi pelanggan pada ruangan

   

4) Setelah selesai mengisi butiran penghantaran anda, para pelanggan perlu klik pada link 'hantar'. Setelah selesai pendaftaran, anda perlu 'Daftar Keluar'.

5) Daftar Masuk semula untuk mengaktifkan akaun anda. Sekarang anda sudah boleh mula membeli-belah di kedai e-Store kami.


Semoga dengan usaha ini akan dapat memberikan sedikit maklumat kepada para pengunjung blog dan kedai e-Store kami.

JazakumuLlah.

link e-Store: http://www.stormreaders.net/nailan
link blog: http://naelan.blogspot.com/
link blog kumpulan: http://www.jalinanstormreaders.blogspot.com/

Scholarship Programs for our future

Pass around for our children, students & friends


MARA Scholarship Programs
http://www.mara.gov.my/english/division/BPP/default.htm

Yayasan Proton Scholarship
http://www.malaysia-scholarship.com/yproton.html

PTPTN Education Loan
http://ptptn.gov.my/

The Star Education Fund
http://thestar.com.my/edufund

Astro Scholarship Award
http://www.astro.com.my/v5/astrolife/ scholarship/

PETRONAS Education Scholarship Programs
http://esu-spmtrial.petronas.com.my/

2007 MNRB Scholarship Fund
http://www.mnrb.com.my/

OCBC Bank Scholarship
http://www.ocbc.com.my/global/ aboutOCBC/ Gco_Abt_Communit y.shtm

Bank Negara Scholarship
http://www.bnm.gov.my/

ABM 50th Merdeka Scholarship
http://www.abm.org.my/

Curtin Sarawak Scholarship
http://www.curtin.edu.my/

The University of Nottingham Malaysia Campus High Achievers Scholarships
http://www.nottingham.edu.my/students/MISC/High%20Achievers%20Scholarship%202006-July06.pdf

HELP University College
http://www.help.edu.my/scholarsh ips/index.php

Adelaide Achiever Scholarships International (AASI)
http://www.international.adelaide.edu.au/future/scholarships/ug/

Curtin University of Technology Scholarship
http://www.emaac.org/

Charles Darwin University Scholarship
http://www.malaysia-scholarship.com/www.cdu.edu.au/engineeri ng/scholarships_ ug_int_eng.htm

Kolej Disted-Stamford Degree Scholarships
http://www.disted.edu.my/

Leeds University Scholarships
http://scholarships.leeds.ac.uk/

Loughborough University Human Science Scholarships
http://www.lboro.ac.uk/

MAAC Scholarship - La Trobe University 2006
http://www.latrobe.edu.au/internati onal/courses/ug.html

NUS/Asean Undergraduate Scholarship
http://www.nus.edu.sg/admission s/undergrad/scholarship/nus_asean.htm

UCL Pathfinder Scholarships
http://www.ucl.ac.uk/

University of Sheffield Scholarship
http://www.shef.ac.uk/malaysia/ entry.html

UTAR Scholarships
http://www.utar.edu.my/

Nanyang Technological University Scholarship
http://www.ntu.edu.sg/oad/scholarships/nanyang.htm

Tasmanian International Scholarships
http://www.internat ional.utas.edu.au/documents/internationalApplication.pdf

University of Malaya Fellowship Scheme
http://ips.um.edu.my/

Universiti Malaysia Sarawak Scholarship
http://www.unimas.my/

King Abdullah University of Science and Technology (KAUST Discovery Scholarship)
http://apply.embark.com/ kaust/discovery/

Universiti Malaysia Sabah Scholarship
http://www.ums.edu.my/pasca